Pengguna Telefon Bimbit: Sentuh nombor berikut untuk menelefon kami: 010-365 8513. Call SEKARANG!!

NIKAH IN THAILAND (ENGLISH)

Nikah di Pattani

Pejabat Majlis Agama Islam Pattani adalah di antara tempat nikah di Selatan Thailand yang diiktiraf di Malaysia, selepas surat nikah mendapat surat pengesahan nikah daripada Konsulat Malaysia di Songkhla. Tanpa surat pengesahan Konsulat Malaysia, nikah di Pattani, di Majlis Agama Islam Pattani, tetap sah tapi tak diiktiraf di Malaysia.

Tetapi, kebanyakan agen nikah di Pattani tidak membawa pasangan yang nikah untuk mendapatkan surat pengesahan Konsulat. Akibatnya, pasangan yang nikah menghadapi masalah untuk mendaftarkan nikah mereka di Malaysia.

Perlu diingat bahawa surat pengesahan Konsulat tak boleh dimohon oloeh wakil. Salah seorang yang nikah perlu oergi sendiri ke Konsulat Malaysia di Singkhla untuk mohon surat pengesahan nikah daripada Konsulat Malaysia.

 

Kisah Nikah di Pattani

Khairul dan Arfah dah lama merancang untuk mendirikan rumah tangga. Hasrat mereka telah diberitahu kepada ayah Arfah, tapi dia tidak mengizinkannya atas alasan Khairul seorang duda. Dia mahu Arfah, yang masih gadis, berkahwin dengan seorang teruna.

Secara kebetulan, Khairul telah terbaca risalah di sebuah masjid tentang nikah di Pattani. Risalah tu menjanjikan pengangukutan pergi-balik dari rumah ke Pattani, penginapan yang selesa di Pattani, bantuan untuk urusan nikah dan mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.

Harga yang ditawarkan agak mahal - lebih dari RM4,000 - tapi, memandangkan risalah tu dari dalam masjid, tentulah tawaran yang boleh dipercayai, fikir Khairul.

Khairul menganggap tawaran ini sebagai peluang untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Dia mengambil sehelai risalah itu untuk ditunjukkan kepada Arfah. Dia ajak Arfah kahwin di Pattani. Arfah setuju. Khairul pun menghubungi nombor telefon yang tercatat dalam risalah nikah di Pattani tu.

Tiba masanya, mereka dijemput dengan kereta dan dibawa ke sempadan Thailand melalui Kelantan. Tiba disana, sebuah kereta lain membawa mereka ke Pattani. Di Pattani, mereka ditempatkan di hotel yang selesa. Semuanya seperti yang dijanjikan.

Urusan nikah pun berjalan lancar.

Selesai semuanya, mereka balik ke Malaysia dengan rasa berpuas hati. Mereka pulang membawa surat nikah dan surat pengesahan nikah. Agen menjanjikan surat pengesahan Konsulat akan dihantar kepada mereka dalam masa seminggu dua. Mereka yakin dengan janji agen tu.

Dua minggu berlalu, tapi tak ada surat dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Mereka menelefon agen Pattani. Agen menjanjikan surat Konsulat akan dihantar kemudian. Tapi, setelah berbulan-bulan mereka menunggu, surat Konsulat tak sampai juga. Agen pun dah tak mahu menjawab panggilan mereka.

Sebenarnya, agen nikah di Pattani itu memang tak boleh mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia, sebab Konsulat mensyaratkan hanya pasangan yang nikah sahaja yang boleh mohon dan ambil surat itu.

Akhirnya, Khairul menghubungi kami meminta bantuan untuk mendapatkan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Dia merasa tertipu dan dia merasa dirinya bodoh sebab tak terfikir untuk menggunakan Internet untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara nikah di Thailand yang terbaik, sebelum menerima tawaran untuk nikah di Pattani. Kata Khairul, kalaulah dia tahu Konsulat Malaysia cuma ada di Songkhla, sudah tentu dia memilih Songkhla. Dan harga yang dikenakan untuk nikah di Pattani pun jauh lebih mahal dari harga nikah di Songkhla.

Tapi, masalah itu sudah selesai. Dengan bantuan kami, surat pengesahan Konsulat sudah ada pada Khairul dan dia boleh melakukan langkah seterusnya setelah kahwin di Pattani - pendaftaran nikah di Malaysia.

Kalau ada sesiapa yang nikah di Thailand tapi belum daftar di Malaysia, insya Allah kami boleh bantu untuk daftar di Pejabat Agama Perlis.


Ada soalan atau kemusykilan?

Sekiranya ada pertanyaan berkaitan nikah di Thailand atau cerai di Thailand isi ruang di bawah dan kami akan berusaha untuk mendapatkan jawapan yang tepat.





Hubungi Kami untuk Nikah di Thailand!